surat buat bini-biniku.
assalamualaikum :)
Surat ini khas ditujukan buat bini-biniku yang ku tinggalkan buat seketika. Buat pengetahuan sayang sekalian , pada ketika ini abang sedang berusaha mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan pada masa hadapan.
Buat biniku , Bahasa Melayu. Maafkan abang kerana abang alpa sebelum ini untuk membaca luahan hati sayang dalam Renyah dan Harga Remaja. Surat-surat mu dalam bentuk laporan atau cereka mahupun ringkasan akan abang dalami. Anak-anak kita , tatabahasa dan peribahasa akan abang dekati selepas ini. Izinkan abang untuk mengetuk pintu hatimu dengan Kamus Dewan dan Buku Rujukan.
To my beloved wife , English. Firstly , i want to apologize with full of my heart as i never try to understand your love words in your poems and short stories before. Now , i promise to you that i will understand your love letter , Catch Us If You Can. I also promise to improve my vocabulary and grammar in order to write a good love composition r summary for you in the future.
Buat isteriku Sejarah , sesungguhnya abang paling banyak meminggirkan sayang hinggakan peratus cinta kita hanya tinggal 50%. Abang aan cuba selepas ini untuk menerokai fakta-fakta kehidupanmu agar ikatan cinta kita dapat kekal selama-lamanya dan supaya abang akan merasakan bahawa sayang sentiasa di sisi abang selalu.
Buat isteriku Pendidikan Islam , sesungguhnya alunan merdu ayat suci alquran dan hadismu akan cuba abang fahami , ingati , dan amalkan. Ajaranmu dalam membentuk akidah , ibadah , dan akhlak abang akan abang ingati dan amalkan aga abang mampu menjadi seorang muslim yang baik. Cerita-cerita sahabat nabi dan tokoh islam akan abang jadikan iktibar buat abang meneruskan kehidupan. Warkah cintamu dalam tulisna jawi akan cuba abang fahami dan balas dalam tulisn jawi.
Tidak dilupakan buat isteriku , Matematik Moden. Ujian hebat telah melanda cinta kita sehinggan peratus cinta kita menurun dari 100% kepada 66%. Ini mungkin salah abang sendiri. Namun abang pinta agar kuasa cinta kita sama luas dengan luas sfera.
Buat isteriku Matematik Tambahan. Sesungguhnya perjalanan cinta kita amat sukar dan memeritkan. pelbagai ujian telah melanda. Abang harap agar sayang terus mempercayai cinta abang kepada sayang sebagaimana rumus ax2+bx+c, jawapannya tetap kosong. Masalah yang kita hadapi cubalah diatasi menggunakan solution of triangles.
Warkah ini diteruskan buat isteriku Fizik. Abang tahu momentum cinta kita amat kuat namun semakin berkurangan kerana abang tidak cuba untuk memahami sayang. insyaallah pada taon hadapan gelombang bunyi , cahaya , elektromagnet cinta kita dapat dipancarkan agar litar siri dan selari cinta kita dapat terus berfungsi.
Buat isteriku Kimia , sesungguhnya cinta kita cinta pandang pertama. Atom-atom cinta kita mulai terikat dengan ikatan ionik yang cukup kuat dari hari ke hari. Namun mungkin salah percaturan dalam elektrolisis larutan akueus cinta kita tidak mampu menghasilkan kuasa cinta yang teguh.
Pesan abang buat isteri abang yang bongsu , Lukisan Kejuruteraan. Cinta kita yang serumit additional view akan cuba abang pertahankan. Masih banyak yang cuba abang fahami tantang sayang contohnya lukisan perspektif sayang yang sukar difahami. Bimbinglah abang pada masa hadapan agar cinta kita terus selari , sejajar , dan berserenjang.
Warkah ini ditutup rapi dengan pesanan buat jandaku Biologi dan Teknologi Kejuruteraan. Ikatn cinta kita hanya mampu bertahan di tengah jalan.Mungkin kerana mitokondrion x mampu lagi menjana tenaga cinta kita ataupun kuasa cinta kita yang diempang empanagn hidroelektrik telah mengalir ke laut melalui alur limpah. Pesan abang , carilah suami yang lebih baik dari abang pada masa hadapan.
Sekian , terima kasih...
Yang Benar ,
calon SPM 2013
Labels: me, school, speech