hisap rokok tak merbahaya .
assalamualaikum :)

ada tak buat muka macam tu bila baca tajuk entry ni?

hisap rokok tak merbahaya. Tak percaya. Betul ni aku tak tipu kau semua la.

Alkisahnya bermula di sebuah hutan di pinggir Kampung Puaka. Aba , Ama , dan Ana berehat di bawah pohon mangga. Sambil makan laksa. Tiba-tiba..

' gedebuk '

sebiji benda jatuh dari pokok tepat kena atas kepala Aba.. ' cilaka! ' kata Aba.. 

Tiga sekawan kejakunan melihat benda yang baru jatuh dari pohon mangga.. ' Fuyoo , iPhone 5 rupa-rupanya' , kata mereka bersama-sama... Tiba-tiba..

' ketawa bersama.. menangis bersama.. ku bersumpah harap kita mati pun bersama... '

kedengaran deringan lagu dari iPhone 5 yang baru dijumpai mereka. Butang answer ditekan Ana. Muncul gambar seekor jin bermata jingga. 

Jin mata jingga : Hai manusia, kerana kau telah menjumpai iPhone 5 milik jin mata jingga. Maka kau semua   setiap seorang akan mendapat permintaan sebanyak tiga. Namun syaratnya. Permintaan itu hanya akan kekal selama 10 tahun sahaja.

Jadi mereka bertiga bersetuju dengan syarat jin mata jingga. 

' berikan aku semua wanita muda yang cantik dari semua negara dan kurung aku bersama mereka selama 10 tahun di dalam sebuah gua ' pinta Aba.

Puff... permintaan Aba ditunaikan dalam sekelip mata...

' berikan aku semua jenis arak yang ada di dunia dan kurung aku selama 10 tahun juga di dalam sebuah gua ' pinta Ama.

Puff... permintaan Ama ditunaikan dalam sekelip mata...

' berikan aku semua rokok dari pelbagai jenama dan kurung aku seperti mereka selama 10 tahun di dalam sebuah gua ' pinta Ana pula.

Puff... permintaan Ana ditunaikan dalam sekelip mata... 

Maka 10 tahun berlalu tanpa disedari mereka bertiga yang sedang berkurung di dalam gua.

Jin mata jingga membuka pintu gua Aba. Maka Aba merangkak keluar dalam keadaam yang amat kurus sehingga menampakkan tulangnya. Berdiri pun dia tidak mampu keranan lututnya sudah tidak berdaya. Hari-hari selama 10 tahun dia memuaskan nafsu dengan wanita.

Maka Aba jatuh ke tanah , lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

Jin mata jingga membuka pintu gua Ama. Maka keluarlah Ama berjalan terhuyung-hayang akibat perunta yang sudah sebesar bola. 10 tahun dihabiskan dengan mengisi berbotol-botol arak ke dalam perutnya.

Maka Ama jatuh ke tanah , lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

Jin mata jingga membuka pintu gua Ana. Maka Ana pun keluar dalam keadaan yang sama seperti sebelum mereka masuk berkurung di dalam gua. Tiada apa yang berubah pada diri Ana. Pendek kata , semuanya lengkap dan dia kelihatan sihat walafiat sahaja.

' Gampang ko jin mata jingga ' , maki Ana pada jin mata jingga.. ' Mancisnya mana? ' ...

# rokok tak merbahaya selagi tidak dibakar dan disedut asapnya..

Cheer Up!!!
Hasta la Vista

Labels: , , ,

Friday, 28 December 2012



keras dalam poket.
assalamualaikum:)


Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik namun disumpah akan mencairkan semua benda yang dipegang oleh tangannya.


Kata bomoh istana, sumpahan ini akn terlerai apabila tuan puteri memegang sesuatu yang tidak akan cair. Lalu, satu pertandingan telah diadakan.


Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras iaitu osmium, namun besi itu tetap cair apabila dipegang tuan puteri.


Sampai pulak kepada peserta kedua. Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah. 

Datang peserta ketiga, dia membawa batu permata. Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. 

Sampailah kepada peserta terakhir, peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri. Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu. 

Raja yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut? Lelaki tu berkata dengan bangganya , 'tak cair Tuanku , keras lagi ni '. 

Raja begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri. 

Lelaki tu pun berbisik kepada Raja dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu... 
"Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...".



:) benda ni dah banyak versi dah kat internet.. aku copy-paste-edit-publish je. Tpi apa yang korunk pikir mase bace bnde ni aaarr ??? - let it be a secret -


Make a big smile!
Hasta la Vista

Labels: , ,

Friday, 30 November 2012