DEDAH.
Hello. Namaku Siti. Teringat satu kisah ketika dulu, satu tragedi hitam yang mengambil tempat di alam persekolahan menengah yang telah menjatuhkan nama baik aku. Aku yang merupakan antara pelajar pintar di sekolah ini akhirnya kecundang dek desakan seorang lelaki. Pada petang yang gerimis itu, aku duduk di penjuru dewan sekolah. KESEORANGAN. Aku memerhatikan luar jendela pintu. Hujan turun dengan steady and slow tanpa diminta. TENGKUJUH. 'Pst... Pst...'. Aku memandang ke kanan. Hish! Budak laki tu lagi. Dia memandang aku dengan penuh pengharapan. 

BUDAK LELAKI. Sapa dia? Boyfriend aku. Dulu sampai sekarang tak pernah berhenti usha aku. Tapi kali ni siap dengan bunyi-bunyi lagi. ADVANCED. Dan aku bukan bodoh, kucing dewan makan asrama tu kalau ada akal hati fikiran dan keinginan sudah tentu tak akan lepaskan peluang yang ada depan mata ni. Aku tahu apa yang diinginkannya. DASAR BUDAK LELAKI KAMPUNG. Tanpa berfikir panjang, aku mengangkat tanganku dan mengangkatnya sedikit demi sedikit. Segaris senyuman terbentuk cantik di wajah budak lelaki itu. TERUJA DAN PUAS. Kepalanya mengikut setia pergerakan tanganku seakan-akan patung wayang kulit.

Kesemuanya telah ku dedahkan, dari atas hingga bawah, depan dan belakang. Tiada kusembunyikan lagi. Budak lelaki itu menjadi lelaki pertama yang dapat menatapnya. 'Pst.. angkat lagi. Tak nampak. Angkat tangan kau. Sekejap jer'. PERLAHAN. Aku memerhatikan sekeliling. Dalam masa yang sama aku mengangkatnya ke atas, mendedahkannya dengan lebih jelas. Debar juga hatiku. Kulihat mata budak lelaki itu semakin mengecil. Tangannya pula tidak berhenti bekerja. 

Tiba-tiba aku merasa sakit di bahagian belakang badanku. Ku lihat ke kiri. Kelihatan Cikgu Kamariah Desa menunjukkan muka singanya. 'Oww.. Dah lama dah buat kerja ni?' . 'Tak cikgu, baru kali pertama ni'. 'Arghh, saya tak kira, ikut saya ke bilik pengetua sekarang juga. Ini kesalahan yang besar. Kamu bagi dia tiru semasa peperiksaan'. Oh NO!! habislah aku. 


*budakhabesSPM 

Labels: , , ,

Tuesday, 3 December 2013



awek aku yang sempurna.

Assalamualaikum.


Aku ada seorang awek. Awek aku ni sempurna di mata aku. Kami kenal dah lama. Sejak sekolah menengah lagi. Sekarang kami tengah sambung belajar di universiti.  Alhamdulillah , di universiti yang sama. Tapi kursus sahaja yang berbeza. Dia nak jadi cikgu. Aku pula ingin menjadi engineer.

Rambut awek aku cantik sangat. Hitam , lebat , berkilat macam model iklan Pantene. Sebab itu aku belikan dia tudung. Aku nak dia tutup rambut dia. Jangan bagi orang lain tengok.

Muka awek aku putih melepak. Sekali pandang macam Heliza AF. Dua kali pandang macam Lisa Surihani. Sebab itu aku suruh dia selalu ambil wudhu’. Ustaz cakap anggota wudhu’ seperti muka , tangan dan kaki akan bersinar di akhirat kelak. Aku nak muka awek aku bersinar di dunia dan akhirat. Barulah cinta sejati namanya.

Suara awek aku sedap sangat. Kalah Najwa Latif. Siti Nurhaliza? Silap awek aku tak keluar album je, kalau keluar confirm menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sebab itu aku belikan dia buku zikir munajat. Aku harap dia sentiasa gunakan suara dia yang merdu untuk memuji Tuhan yang Esa.

Body awek aku mantap. 100% menepati cita rasa wanita idaman semua lelaki. Sebab itu aku belikan dia jubah dan baju kurung. Aku tak nak lelaki lain terliur tengok dia. Aku bengang sangat-sangat kalau ada lelaki lain usha awek aku. Jujurnya , aku ni memang kuat cemburu.

Jari awek aku lembut sangat. Tak panjang dan tak pendek. Pendek kata , normal lah. Sebab itu aku takut nak pegang jari awek aku. Aku takut aku akan kasarkan jari awek aku. Lepas itu mungkin awek aku akan tinggalkan aku. Jadi , aku akan pegang jari dia lepas kami kahwin nanti. Masa itu , dia dah tak dapat lari dah.

Satu hari , awek aku telefon aku. Dia nangis.  Dia cakap dia rindu sangat-sangat dekat aku. Dia cakap dia tidur tak lena , mandi tak basah , makan tak kenyang. Dia tanya , aku tak rindu dia ke? , aku cakap aku rindu , rindu sangat-sangat. Dia tanya lagi apa ubatnya. Aku cakap bacalah al-Quran. Sesungguhnya al-Quran itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Mungkin ada yang benci dengar kisah awek aku yang sempurna ini. Tapi , tidak mengapa.. ini kisah awek aku  , bukan awek kau... Sekian…

# benda ni aku dapat kat blog seorang hamba allah ni. Aku edit buat macam cerita aku. Tapi idea dari hamba allah tu.

Labels:

Friday, 15 February 2013



kesempurnaan sempurna .
assalamualaikum :)

  Kisah Ali & Siti  





Cheer Up!
Hasta la Vista


Labels: , , ,

Tuesday, 18 December 2012