'outing' budak asrama.
assalamualaikum :)

hari-hari aku bangga dengan diri aku sendiri. Sebab aku tak siapkan kerja sekolah aku lagi. Sebab aku tak meluaskan bulatan sosial aku lagi. Sebab hari-hari aku menghadap laptop klik sana dan klik sini. Apa-apa pun aku tetap maintain happy. Sebab aku redha takdir aku begini. 


'outing' memang perkara biasa bagi budak asrama. Tak kisah la budak sbp ke , mrsm ke , sekolah agama ke dan tidak dilupakan sekolah harian biasa. Kalau ada asrama yang tak bagi 'outing' tu memang perkara luar biasa. Tapi kalau ada budak asrama yang tak pernah 'outing' tu memang biasa. Kat sekolah aku pun ada. Tak kisah la. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Yang penting kita bergembira di luar sana.

Aku sudah merempat di asrama KPM empat tahun lamanya. Sedar tak sedar sudah hampir hendak meninggalkan asrama tercinta. Nak kata sedih tidak juga. Gembira. Bukan pilihan utama .Apa-apa pun itu bukan masalahnya. Kerana aku tahu selepas ini aku tetap duduk asrama juga. Tetapi mungkin di luar negara.

Hari Jumaat memang hari ditunggu semua. Tak kira senior ataupun junior. Miskin ataupun kaya. Hensem atau kacak bergaya. Lelaki dan juga perempuan sama sahaja. Berbagai rancangan sudah direka. Hendak 'outing' bersama rakan-rakan tercinta. 

Jam di Masjid Pintu Padang sudah pukul dua. Tumpuan solat jumaat sudah terbabas entah ke mana. Dalam otak sudah bayangkan sedang pegang wang biasiswa. Habis solat baca doa pendek sahaja. Dalam hati tak sabar rasanya. Imam belum sempat baca doa , ramai sudah hilang entah kemana. Rupa-rupanya sedang makan di puri persona rasa. Ayam berempah memang sedap tidak terkata. Tetapi keinginan untuk 'outing' tetap beraja di jiwa.

Hati panas lihat pagar asrama tidak dibuka lagi. Dalam hati pakgad sekolah sudah dimaki. Hendak memanjat pagar tak sampai hati. Takut kena didemerit lagi. 10 minit sudah berlalu pergi. Akhirnya datang juga orang yang dinanti. Pakgad dari jauh dah buat muka b*k**i. 

Pagar asrama sudah terbuka. Ada yang berlari ke dorm mungkin nak kejar masa. Malangnya. Baju batik berkedut di sini sana. Terpaksalah menggosok di bilik seterika. Aduh , keluhan terlepas di jiwa. Nampaknya. Sudah membuang masa. Ada juga yang masih buat cool sahaja. ' Mandi la dulu ' kata mereka. Ada juga yang masih mencari kad outing mereka. Yang tak 'outing' buat muka meminta-minta. ' Tolonglah belanja ' pinta mereka. 

Warden asrama menanti di pintu gerbang. Takut-takut ada budak yang 'terbang'. 

Semua berebut nak naik bas sekolah warna kuning milik apek cina. RM1 dijulang merata-rata. Ada yang masuk tak bayar apa-apa. Tak kesah la. Itu semua dosa mereka. Bas penuh buat apek jadi kaya. Panas dan rimas memang perkara biasa. Nasib baikla. Perjalanan tak lama. 

Perhentian pertama. Pasaraya Tong Fat diberi nama. Maaflah Raub bukan seperti Putrajaya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Ada yang turun namun ramai yang buat selamba. Ini bukan perhentian mereka. Beberapa minit berlalu begitu sahaja. Bas kuning berhenti di perhentian kedua. Masa ni ramai yang keluar dengan segera. 'Nak berebut nombor giliran bank' kata mereka. Ada yang pergi ke Pustaka Utama. Hendak membeli buku dan pena. Maklumlah budak rajin-rajin semua. 

Tidak dilupa pasaraya Tunas Manja. Makanan di loker sudah habis semuanya. Walaupun harga mahal tetapi tidak mengapa. Mereka kan budak kaya. Yang pergi ke KFC juga ada. Perut dah lapar kata mereka. Berbaris panjang berjela-jela. Orang Raub sudah buat muka. Ramai yang order benda yang sama. Penuh KFC dengan wajah mereka. Ada juga yang bungkus sahaja. Mungkin untuk awek-awek mereka. 

Selesai makan berjalan pula. Hendak bersiar-siar menghabiskan masa. Juga hendak mencuci mata. Maklumlah terkurung berminggu-minggu lamanya. Awek Raub tak kurang lawanya. Ada yang berani bertegur sapa. Nombor ditukar sesama mereka. Hendak menambah kenalan kata mereka. 

Perut berkeroncong secara tiba-tiba. Nampak kedai makan di seberang jalan sana. Jalan yang penuh kereta diseberangi dengan penuh bergaya. Akibat dan kesan buruk sudah tidak difikir di minda. Kuey Tiaw kerang menguasai jiwa. Kedai tepi Masjid Abu Bakar memang famous dalam kalangan budak berbaju biru tua. Penuh kedai dengan mereka. Ada yang makan di sana. Ada juga yang bungkus sahaja. Orang Raub sekali lagi sudah buat muka. 

Cyber Cafe destinasi seterusnya. Lawan game memang tradisi remaja. Tak kira senior mahupun junior. Dota , Counter , PES dan seangkatan dengannya pilihan utama. Ada yang bermain dan ada juga yang menjadi penonton sahaja. Tauke kedai sudah buat muka.Tetapi  budak berbaju biru tua still buat muka selamba. 

Nampak kawan dekat MarryBrown pula. Borak-borak namun tak lama. Sebelum chao minta sedikit makanan mereka. Biasa la. Kan kita bersaudara. Perlulah berkongsi sama rata.

Lepas itu berjalan-jalan sahaja. Masuk ke kedai sini dan sana. Terjumpa pula kedai al-Ikhsan yang baru dibuka. Jersi , kasut , short memikat pandangan mata. Adidas , Nike , Umbro semuanya ada. Namun hanya boleh dilihat sahaja. Duit di poket berpuluh cuma. 

7 Eleven destinasi seterusnya. Komik baru sinopsisnya dibaca. Ada yang membeli ada juga yang tengok sahaja. Niat di hati hendak sekandal(pinjam) sahaja.

Pasar Tani juga dikunjungi. Aneka kuih dan ayam goreng menggamit hati. Namun keropok tetap pilihan hati.

Jam sudah dekat dengan pukul lima. Masuk pula ke kedai handphone milik cina juga. Tengok model baru yang cool-cool semuanya. Samsung , Nokia , iPhone , HTC semuanya ada. Secondhand punya pun ada. Namun hanya boleh cuci mata. Sebab di asrama kerajaan tak bagi guna.

Ini masa untuk pulang ke asrama. Waktu 'outing' sudah sampai ke penghujungnya. Berebut-rebut nak naik bas warna merah pula. Takut kena berdiri terlalu lama. Orang Raub sekali lagi buat muka. 

Bagi yang kaya. Teksi menjadi pilihan mereka. Empat sekawan berkongsi duit sama rata. RM10 memang tambang biasa. Tidak mengapalah sekali sekala.

Sampai di sekolah terus pergi ke surau bersama-sama. Solat Asar tidak dilupa. Selepas itu , bersama-sama balik ke asrama. Baju sukan mengganti baju biru tua. Sekarang masa untuk bersukan pula. 

Walaupun duit habis dibelanja. Tetapi ia tidak mengapa. Kerana stres sudah tiada. Perasaan gembira mula menjelma. 

Walaupun Raub tiada Alamanda. Walaupun Raub tiada MPH. Walaupun Raub tiada Domino. Walaupun Raub tiada Reject Shop. Aku tetap buat selamba. Kerana kalau ada semua tu pun aku tak mampu juga. Duit yang ada cukup-cukup makan sahaja. 





Cheer Up!!!
Hasta la Vista









Labels: ,

Sunday, 30 December 2012



SEMESTA 2013.
assalamualaikum:)


bila musim sekolah tiba, kanak-kanak riang semua gembira, shopping baju tak ingat dunia, tapi semua itu dahulukala, sekarang pula, sudah lain semuanya...

bila musim sekolah tiba, remaja hebat yang duduk asrama tak terkata, update status sedih di facebook setiap masa, time tu lah nak siapkan homework yang banyak gila, sampin, tie, sandal, kad matriks, buku gagasan entah hilang ke mana ,baru tahu apa pentingnya masa, realiti kene tinggalkan hp, internet, org tersayang, bantal bucuk buat mengalir air mata, otak dah stress pikir ' aku dah form5 dah?' macam x caya, dah tua rupa-rupanya... itulah realiti budak semesta..

well, hari ni dalam beberapa jam lagi.. kaki terhormat aku akan menjejakkan kaki ke bumi bertuah semesta.. 
cuti dua bulan x buat apa2 pon.. that's why i am proud with myself !.. 

SEMESTA 2013? ada perubahan ke kat sana? well , dalam otak ni dah bayangkan macam2 dah..


well , nilah pintu gerbang semesta.. cewahh, voque x? 
pintu gerbang yang elegan membuatkan hatiku sentiasa teruja untuk menimba ilmu disini.. 

tapi realitinya?


asrama? 5star la.. memang selesa dan reka bentuk moden..




realitinya?


tapi ni bukan asrama semesta la, ni STAR,IPOH punya..
tapi lebeh kurang je..

however, biarlah sekolah kat mana pon , mcm mana rupa paras semesta pon.. kt situla aku dah menumpang selama 4 tahun.. kat situlah aku jumpa kawan-kawan, kat situlah aku membesar...


kenal x perempuan tu? x kenal kn.. 
her name nisa.. dulu orang raub skrg orang london dah.. mid year ni dia exam A-level tu.. 
nak jadi doctor.. so, kawan gud luck la exam.. 


Cheer Up!!!
Hasta la Vista








Labels: , ,

Thursday, 27 December 2012



aku kantoi Kapel.

assalamualaikum :)


satu ari, ada la pakwe ni pass surat kt mkwe dia lps balek prep malam.. tpi kebetulan lak mlm tu ad spotcheck kt aspuri, surat tu kntoi ngan wardens.. Wardens pon buat la muzakarah ngan pengawas kat bilik study , then baca surt tu kuat-kuat...


 Cinta i kpd u 
telah hilang , perasaan benci I pada u
 berkembang setiap hari. Bila i tengok u , 
i benci muka u
 i nak sangat buat benda ni: 
tengok pompuan lain. i x penah
 nak terus kapel ngan u. Perbualan kita yg terakhir 
bosan giler dan x
 buatkan i nak sgt jumpa u lepas ni. 
u pentingkan diri jer.
 jika kita trus kapel , i tau markh exam i akan 
terus jatoh , dan i x akan pernah
  dpt straight A's. cinta i memang 
utk diberi , tapi bukan
 untuk u. Tiada orang yg lebih 
bangang and sakai selain u. i pasti u x
 mampu utk jaga i dan setia pada i. 
i ikhlas cakap yang
 suma benda yg i tulis ni dtg dri ati i. i harap u 
terima yg kita dh break. Jgn cuba
 nak bls surat ni sebb surat u penuh 
dengan benda yg memeningkan kepala i. u x penah beri
 makna dlm idop i. Bye ! Percayalah 
yang i x penah ambil berat psl u. Jgn penah pikir
 yg I am still yours !!! 

wardens sume senyum je , theyolls dgn gembira bgi surt tu kat budk pompuan dia.. tpi wardens x tau , budk pompuan tu akan bace yg di highlight merah je.. 

# tq , highlighter stabilo memg membntu time study-exam-berkapel..



Make a Big Smile!!
Hasta la Vista

Labels: , ,

Friday, 30 November 2012