DEDAH.
Hello. Namaku Siti. Teringat satu kisah ketika dulu, satu tragedi hitam yang mengambil tempat di alam persekolahan menengah yang telah menjatuhkan nama baik aku. Aku yang merupakan antara pelajar pintar di sekolah ini akhirnya kecundang dek desakan seorang lelaki. Pada petang yang gerimis itu, aku duduk di penjuru dewan sekolah. KESEORANGAN. Aku memerhatikan luar jendela pintu. Hujan turun dengan steady and slow tanpa diminta. TENGKUJUH. 'Pst... Pst...'. Aku memandang ke kanan. Hish! Budak laki tu lagi. Dia memandang aku dengan penuh pengharapan. 

BUDAK LELAKI. Sapa dia? Boyfriend aku. Dulu sampai sekarang tak pernah berhenti usha aku. Tapi kali ni siap dengan bunyi-bunyi lagi. ADVANCED. Dan aku bukan bodoh, kucing dewan makan asrama tu kalau ada akal hati fikiran dan keinginan sudah tentu tak akan lepaskan peluang yang ada depan mata ni. Aku tahu apa yang diinginkannya. DASAR BUDAK LELAKI KAMPUNG. Tanpa berfikir panjang, aku mengangkat tanganku dan mengangkatnya sedikit demi sedikit. Segaris senyuman terbentuk cantik di wajah budak lelaki itu. TERUJA DAN PUAS. Kepalanya mengikut setia pergerakan tanganku seakan-akan patung wayang kulit.

Kesemuanya telah ku dedahkan, dari atas hingga bawah, depan dan belakang. Tiada kusembunyikan lagi. Budak lelaki itu menjadi lelaki pertama yang dapat menatapnya. 'Pst.. angkat lagi. Tak nampak. Angkat tangan kau. Sekejap jer'. PERLAHAN. Aku memerhatikan sekeliling. Dalam masa yang sama aku mengangkatnya ke atas, mendedahkannya dengan lebih jelas. Debar juga hatiku. Kulihat mata budak lelaki itu semakin mengecil. Tangannya pula tidak berhenti bekerja. 

Tiba-tiba aku merasa sakit di bahagian belakang badanku. Ku lihat ke kiri. Kelihatan Cikgu Kamariah Desa menunjukkan muka singanya. 'Oww.. Dah lama dah buat kerja ni?' . 'Tak cikgu, baru kali pertama ni'. 'Arghh, saya tak kira, ikut saya ke bilik pengetua sekarang juga. Ini kesalahan yang besar. Kamu bagi dia tiru semasa peperiksaan'. Oh NO!! habislah aku. 


*budakhabesSPM 

Labels: , , ,

Tuesday, 3 December 2013