awek aku yang sempurna.
Assalamualaikum.
Aku ada seorang awek. Awek aku ni
sempurna di mata aku. Kami kenal dah lama. Sejak sekolah menengah lagi.
Sekarang kami tengah sambung belajar di universiti. Alhamdulillah , di universiti yang sama. Tapi
kursus sahaja yang berbeza. Dia nak jadi cikgu. Aku pula ingin menjadi
engineer.
Rambut awek aku cantik sangat. Hitam
, lebat , berkilat macam model iklan Pantene. Sebab itu aku belikan dia tudung.
Aku nak dia tutup rambut dia. Jangan bagi orang lain tengok.
Muka awek aku putih melepak. Sekali
pandang macam Heliza AF. Dua kali pandang macam Lisa Surihani. Sebab itu aku
suruh dia selalu ambil wudhu’. Ustaz cakap anggota wudhu’ seperti muka , tangan
dan kaki akan bersinar di akhirat kelak. Aku nak muka awek aku bersinar di
dunia dan akhirat. Barulah cinta sejati namanya.
Suara awek aku sedap sangat. Kalah
Najwa Latif. Siti Nurhaliza? Silap awek aku tak keluar album je, kalau keluar
confirm menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sebab itu aku belikan
dia buku zikir munajat. Aku harap dia sentiasa gunakan suara dia yang merdu
untuk memuji Tuhan yang Esa.
Body awek aku mantap. 100% menepati cita
rasa wanita idaman semua lelaki. Sebab itu aku belikan dia jubah dan baju
kurung. Aku tak nak lelaki lain terliur tengok dia. Aku bengang sangat-sangat
kalau ada lelaki lain usha awek aku. Jujurnya , aku ni memang kuat cemburu.
Jari awek aku lembut sangat. Tak
panjang dan tak pendek. Pendek kata , normal lah. Sebab itu aku takut nak
pegang jari awek aku. Aku takut aku akan kasarkan jari awek aku. Lepas itu
mungkin awek aku akan tinggalkan aku. Jadi , aku akan pegang jari dia lepas
kami kahwin nanti. Masa itu , dia dah tak dapat lari dah.
Satu hari , awek aku telefon aku. Dia
nangis. Dia cakap dia rindu
sangat-sangat dekat aku. Dia cakap dia tidur tak lena , mandi tak basah , makan
tak kenyang. Dia tanya , aku tak rindu dia ke? , aku cakap aku rindu , rindu
sangat-sangat. Dia tanya lagi apa ubatnya. Aku cakap bacalah al-Quran.
Sesungguhnya al-Quran itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
Mungkin ada yang benci dengar kisah
awek aku yang sempurna ini. Tapi , tidak mengapa.. ini kisah awek aku , bukan awek kau... Sekian…
# benda ni aku dapat kat blog seorang hamba allah ni. Aku edit buat macam cerita aku. Tapi idea dari hamba allah tu.
Labels: cinta