ditampar kerana ingin memakai tudung.
assalamualaikum.
Adek ! Bangun dek.. Aku terjaga dari tidur yang lena. Menggeliat sekejap sambil buat muka gembira. Haha. Bestnya. Inilah kelebihan duduk kampung yang aman lagi sentosa. Udaranya bersih bebas dari pencemaran udara. Ouh , dah pagi rupanya. Aku bangun pi ambil tuala. Masuk bilik mandi terus basuh muka. Mandi dengan pikiran yang lapang tak pikir apa-apa.
Aku terpandang cermin masa tengah mandi manda. Aku terpandang rambut aku yang panjang gila. Hurm , bila la aku nak tutup rambut ini ya?. Aku nekad untuk membuat transformasi segera. Tak kesah la apa orang lain nak kata. Ini untuk kebaikan diriku juga. Walaupun adik beradikku yang lain semuanya rambut terbuka. Buat apa aku kesah pasal mereka. Itu semua salah mereka. Kalau bapak aku menyinga. Aku nekad nak lari dari rumah saja.
Jam sudah pukul 12 tengah hari. Kereta bapak puas ku nanti. Tak sabar nak luahkan hajat di hati. Aku takut tak sempat nanti. Takut-takut aku dijemput MATI. Kereta bapak masuk ke rumah kami. Aku menanti bapak yang baru balik dari kedai Mak Bee. Berdebar-debar rasa di hati. Dalam otak dah ligat menyusun kata-kata dengan berhati-hati.
Aku salam tangan bapak , cium buat macam anak mithali. Dalam hati dah takut setengah mati. Tapi aku gagahkan jua demi impian yang satu ini.
' Bah , cheq ingat cheq nak pakai tudung. Cheq tak kira abah bagi ke tak. Cheq dah nekad nak berubah. Kawan-kawan cheq semua pakai tudung bah. Cheq segan la bah. Kalau bah tak bagi jugak cheq ingat cheq nak keluaq dari rumah ni '
Muka bapak berubah serta merta. Matanya merah menyala bagai singa menanti mangsa. Pangggg!! satu penampar Jepun hinggap di muka. Sakitnya. Aku terpelanting lalu jatuh terhantuk meja.
' Sampai hati abah. Cheq dah cakap elok-elok dah. Cheq cuma nak pakai tudung bukan cheq nak kahwin lari pi Siam ngan mamat Kedah. Cheq tau abah malu kan kalau cheq pakai tudong , tapi cheq betui-betui nak berubah '
Panggg!!! Satu tamparan Jepun naik ke pipi kiri pula. Peritnya sungguh tak terkata. Aku mula mengalir air mata. Ini ke balasan orang nak berubah mendekati agama? Betapa kejambya dunia.
' Hang dengaq sini elok-elok na. Aku dah banyak kali pesan kat hang yang HANG TU ADA HALKUM. HANG TU LAKI. LAKI MANA BOLEH PAKAI TUDUNG. LAKI HARAM PAKAI TUDUNG. Tulah , aku hantar hang pi masuk kelas agama hang ponteng. Hang pi masuk kelas solek menyolek. Aku letak nama hang elok JAMIL , hang gatai pi tukaq jadi JAMILAH. Memang la suma kawan hang tu pakai tudung dah hang kawan ngan Rozita. Rozita tu perempuan bukan laki yang ada halkum macam hang '
Bapak terus menuju ke biliknya. Aku menangis tersedu sedan di hujung meja. Sakitnya pipi masih terasa. Penampar bapak memang berbisa. Pilu hati merintih derita. Harapan untuk pakai tudung pecah tak bersisa.
AKUKAH YANG BERSALAH DALAM HAL INI? AKUKAH? ARGHHHHH!!!!
Sekian...
Labels: merepek