ibu is mother .
assalamualaikum :)
seorang anak ingin berkongsi bersama kenangan hidupnya bersama seorang ibu. Lalu dia mengambil pen dan mula melakar barisan huruf yang dibentuk menjadi perkataan sambil diiringi derain air mata yang jatuh tanpa diempang...
masa aku 1 tahun.. ibulah yang selalu susukan aku bila aku nangis.. bila aku terjaga dari tidur pada waktu malam.. ibulah orang pertama yang aku lihat.. aku masih ingat lagi ibu manyanyikan lagi untuk menidurkan aku kembali.. tapi ibu tak pernah mengeluh..
masa aku 3 tahun.. wahh.. aku dah boleh makan.. ibu menyuapkan aku dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun aku membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai... aku ketawa.. namun ibu tetap tidak mengeluh...
masa aku 5 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar aku melukis dan mewarna... Aku masih ingat lagi betapa gembiranya aku melakar garisan dan bulatan di dinding rumah... ibu tidak pernah memarahiku.. hanya kata-kata nasihat yang diberikan...
masa aku 7 tahun, ibu menghantar aku ke sekolah. Tapi kita mengatakan dan menjerit.."TAK NAK".. ibu hanya mampu memujukku dan mengatakan akan membelikan jajan untukku.. yippi gembiranya !!!
masa aku 10 tahun, aku jatuh basikal sebab berlumba.. masa tu sakit sangat.. lutut aku berdarah.. aku menjerit nama ibu.. aku peluk ibu kuat-kuat cakap.. ' ibu, sakit sangat!! '
masa aku 12 tahun, ibu hantar aku pergi tuisyen, ye la upsr kan taun ni.. Namun, aku tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...
masa aku 13 tahun, aku dapat masuk sekolah asrama penuh.. pernah sekali masa balik ke rumah, ibu menegur fesyen rambut aku yang kurang sopan. Tapi aku membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"
masa aku 16 tahun, ibu nak sangat peluk aku sebab rindu aku dah lama tak balik rumah... Namun aku membalasnya dengan mengunci diri aku di dalam bilik dan bersendirian... laya n facebook , twitter, blog, handphone, buat homework.. aku cuma kuar bilik masa makan je...
masa aku 17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila aku mendapat keputusan yang cemerlang.. Tapi aku tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.. bila ibu tanya, kita cakap ' la ibu, lepas ni mane tau tak akan jumpe dh kawan-kawan skolah menengah.. so kene la tinggalkan memori yang indah..
masa aku 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk aku masuk universiti dan mengangkat beg aku dengan penuh rasa kasih dan sayang. Namun, aku membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..
masa aku 22 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KECOHLAH IBU NI!"..
masa aku 24 tahun, ibu selalu call aku.. tapi aku selalu cakap , ' ibu , orang sibuk la.. exam final nak dekat ni.. orang nak study ni.. '
masa aku 26 tahun, aku berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu. Namun, aku membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km.. balik pun masa ibu sakit or masa nak raya je.. alasan: sibuk la... tapi pi bercuti ngan bini boleh sebulan sekali...
masa aku 27 tahun, ibu menelefon aku dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi. Tapi aku membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"
masa aku 35 tahun, aku dapat naik pangkat.. aku bgitau biniku..cakap nk bawak pi holiday kt scotland.. aku hantar anak-anak kat rumah ibu..
masa aku 45 tahun, ibu sakit.. ibu call aku, ibu cakap:
' Nak, bolehkah kamu kirimkan wang untuk ibu? ibu bukan nak banyak.. lima puluh ringgit pun cukuplah... ibu nak beli ubat '
aku cakap, ye la ibu nnti orang bank-in... orang tak dapat balik ni.. anak orang, along nak masuk universiti ni...
satu hari.. aku dapat msej dri adek aku yg bongsu.. dlm hati aku.. ' ni msti sebb aku tak bank-in kn lagi duit.. tapi bila aku baca msej tu.. berderai air mata.. teringat aku kata2 ibu.. klaulah aku balik rumah ari tu.. msti dpt jumpa ibu buat kali terakhir.. masa tu baru sedar betapa banyak dosa kat ibu..
Cheer Up!!!
Hasta la Vista
Labels: cerita, love, renungan