t e r b a e k - la kawan
assalamualaikum , sekarang ni nk paste bnda yg ak jumper kt satu
blog ni ... dye skrg tgh ad kt french kot
tgh further study rasenyer tpi
ape yg dye tulis memg the best la 

1) Tahukah korang bahawa Turki mempunyai bilangan billionaire terbanyak di dunia?

2) Tahukah korang bahawa bahasa Mongolia tidak mempunyai perkataan "ya" dan "tidak"?

3) Tahukah korang bahawa artis Malaysia pertama yang masuk ke carta Billboard Top 100 adalah Francesca Peters dengan lagu Just On The Edge, iaitu terjemahan lagu hit beliau, Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1989?

4) Tahukah korang bahawa rumah persendirian tertinggi di dunia adalah milik Mukesh Ambani, jutawan dari India, dengan ketinggian 27 tingkat?

5) Tahukah korang bahawa Sandra Bullock fasih berbahasa Jerman?

6) Tahukah korang bahawa ketika zaman mudanya, Steve Jobs pernah bertapa di Tibet selama 4 bulan, dan kemudian di Batu Caves selama 2 bulan, dan kemudian di Nepal selama 3 minggu?

7) Tahukah korang bahawa hanya ada seekor haiwan yang mampu hidup di Laut Mati iaitu ikan kap jepun?

8) Tahukah korang bahawa bulu kambing biri-biri yang diperkasakan dengan rotan boleh digunakan untuk membuat jaket kalis peluru?

9) Tahukah korang bahawa penghidap penyakit Flexibus Culubitassemia (satu dalam 84 juta manusia) mempunyai tulang yang sangat anjal dan mampu menoleh kepala sebanyak 320° ke kiri atau ke kanan?

10) Tahukah korang bahawa ketika hayatnya, Mustafa Kamal Attaturk menderma 40 sen kepada setiap pengemis yang ditemui di jalanan setiap hari?

11) Tahukah korang bahawa frekuensi kawad kaki tentera Amerika pernah menyebabkan jambatan Tacoma Narrows Bridge di Amerika runtuh?

12) Tahukah korang bahawa komposer muzik latar rancangan Jejak Rasul adalah seorang bukan Islam?

13) Tahukah korang bahawa jarak antara hidung dan cuping telinga seorang manusia normal adalah sama dengan jarak sejengkal tangan kanannya? Hanya satu dalam 6 juta manusia mempunyai jarak hidung dan cuping telinga yang kurang daripada sejengkal (kebiasaannya golongan genius dengan IQ melebihi 170).

14) Tahukah korang bahawa sambutan Krismas diharamkan di Korea Utara dan digantikan dengan Kimtokai Hungyo, iaitu perayaan menyambut kelahiran Kim Jong-Il?

15) Tahukah korang bahawa makan daging kambing boleh mengurangkan risiko diabetes sebanyak 14%?

16) Tahukah korang bahawa 90% fakta yang aku nyatakan di atas adalah palsu belaka dan langsung tidak boleh dipercayai? Adakah korang terasa bangang nak mampus sekarang sebab tadi korang pegi ukur jarak hidung dan cuping telinga gune sejengkal tangan kanan pastu kata, "Wah aku genius!"?

17) Tahukah korang bahawa kalau aku tak bagitau fakta nombor 16 tadi, akan ada 54% pembaca yang akan percaya semua yang aku tulis tanpa usul periksa?

18) Tahukah korang bahawa statistik 54% kat nombor 17 tadi pun aku reka sendiri?

Moral of de stori: Kat internet ada macam-macam cerita. Jangan percaya semua, dan jangan sebarkan kalau tak pasti kebenarannya. Jangan gunekan ayat, "Ini aku dengar cerita Si Polan. Kalau Si Polan bohong, maka bohonglah aku." Sile ingat, saiz otak manusia adalah 43 kali ganda lagi besar daripada saiz otak burung kakak tua, sebab itulah kite perlu berfikir sebelum ulang cakap orang lain.



Eh yang pasal saiz otak burung kakak tua tu pun aku tipu jugak sebenarnye.

hahaha , so the best kan .. thenkz la kawan coz menceriakan
hari ak ... have a nice day la kawan ..
klau nak follow blog dye leh tekan link bwh ni
http://anuox.blogspot.com/


Saturday, 3 December 2011